• bannerschool

PENAWARAN PROGRAM "TUT INTERNATIONAL STUDENT PROGRAMMES 2016

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera dari IMCC USM!

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Toyohashi University of Technology(TUT), Jepun menawarkan TIGA(3) tempat kepada siswazah tahun ke-3 dan ke-4 daripada fakulti Kejuruteraan dan juga Sains Teknologi. Program ini dapat memberi peluang kepada pelajar yang terpilih untuk mempelajari kebudayaan Jepun dan juga pengalaman belajar di luar negara.

Untuk makluman, pihak TUT akan membiayai yuran pengajian dan penginapan bagi tiga(3) pelajar yang terpilih. Sebanyak 80 000 JPY juga akan diberikan kepada setiap seorang pelajar semasa ketibaan di TUT oleh pihak Japan Students Support Organization(JASSO).

Sehubungan itu, sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat menghebahkan perkara ini kepada para pelajar yang berkenaan di Pusat Pengajian masing-masing. Dilampirkan di sini maklumat tambahan berkenaan program tersebut dan juga borang permohonan untuk dilengkapkan oleh para pelajar berkenaan.

  Program     Guidelines       Application_Form 

Borang permohonan yang lengkap dan CV perlu dikembalikan ke :

Cik Nurul Azwin Noor Rawi - nurul_azwin@usm.my

cc - Cik Nur Afiqah - n.afiqah@usm.my

Tarikh tutup permohonan ialah pada 9 September 2016.

usma1a6a8a4a3a2a5expert