School of Mathematical Sciences  |  Universiti Sains Malaysia

ANUGERAH KHAS KECEMERLANGAN 2023
PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Kategori dan syarat

1. Akademik (5 anugerah)

Khusus kepada pelajar tahun akhir yang terbaik dalam akademik dan sedang mengikuti rancangan pengajian prasiswazah yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Sains Matematik. Calon-calon yang layak memohon ialah yang telah mencapai sekurang-kurangnya PNGK 3.50 bagi 7 semester sebagai pelajar Pusat Pengajian Sains Matematik.

2. Ko-kurikulum (2 anugerah)

Khusus kepada pelajar tahun akhir dan sedang mengikuti rancangan pengajian prasiswazah yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Sains Matematik. Calon-calon yang layak memohon ialah yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum pada peringkat Universiti Sains Malaysia atau Negeri atau Negara masing-masing dan telah mencapai sekurang-kurangnya PNGK 3.00 bagi 7 semester sebagai pelajar Pusat Pengajian Sains Matematik.

3. Persatuan (1 anugerah)

Khusus kepada pelajar tahun akhir dan sedang mengikuti rancangan pengajian prasiswazah yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Sains Matematik dan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum. Calon-calon perlulah telah / sedang memegang jawatan sebagai Pengerusi / Yang DiPertua / Presiden Persatuan pada peringkat USM atau Negeri atau Negara masing-masing dan telah mencapai sekurang-kurangnya PNGK 3.00 bagi 7 semester sebagai pelajar Pusat Pengajian Sains Matematik.

Pelajar-pelajar kemasukan Sidang Akademik 2019/2020 yang memenuhi syarat-syarat di atas dijemput untuk memohon ANUGERAH KHAS KECEMERLANGAN 2023.

BORANG PENCALONAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KO-K PERSATUAN 2023
BORANG PENCALONAN ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2023

Borang permohonan juga boleh diperoleh di Pejabat Am, Pusat Pengajian Sains Matematik.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Am, Pusat Pengajian Sains Matematik atau melalui emel ddsa_mat@usm.my

Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 Jun 2023 (Selasa)

campusonline gold 01campusonline gold 01campusonline gold 01campusonline gold 01campusonline gold 01campusonline gold 01campusonline gold 01

School of Mathematical Sciences, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM Penang, Malaysia
Tel : +604 653 3284 | Fax : +604 657 0910  |  E-Mail : dean_mat@usm.my  |  icon admin