School of Mathematical Sciences  |  Universiti Sains Malaysia

KENYATAAN RASMI

USM SARAN SEMUA PELAJAR BAHARU DAN SENIOR MENDAFTAR SECARA DALAM TALIAN DAN TANGGUH PERJALANAN KE KAMPUS

 

Mengambil kira perkembangan kes wabak pandemik COVID-19 yang meningkat dengan mendadak pada hari ini (1 Oktober 2020), Universiti Sains Malaysia (USM) menyarankan semua pelajar baharu dan senior yang akan mendaftar esok dan minggu hadapan untuk melakukannya secara dalam talian. Tatacara pendaftaran akan dimaklumkan melalui semua laman rasmi USM.

 

Pelajar-pelajar baharu yang sudah dalam perjalanan ke kampus dibenarkan mendaftar esok ATAUPUN boleh menangguhkan perjalanan mereka dan kembali semula ke kampus pada tarikh baru yang akan dimaklumkan kelak.

 

Pelajar-pelajar senior pula perlu menangguhkan kepulangan mereka ke kampus dan mendaftar kursus secara dalam talian.

Universiti memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami.

 

Hubungi talian:
BHEPA Kampus Induk 04-653 3291/5823/5825/6185/5804/5827/6136/5822/5824
BHEPA Kampus Kesihatan 09-7671300/1310
BHEPA Kampus Kejuruteraan 04 5995530/5531/5532/5533


jika perlukan maklumat lanjut.

  • Hits: 642

campusonline gold 01campusonline gold 01campusonline gold 01campusonline gold 01campusonline gold 01campusonline gold 01campusonline gold 01

School of Mathematical Sciences, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM Penang, Malaysia
Tel : +604 653 3284 | Fax : +604 657 0910  |  E-Mail : dean_mat@usm.my  |  icon admin