School of Mathematical Sciences  |  Universiti Sains Malaysia

Pekeliling Peperiksaan 5/201 Pelaksanaan Dasar Khas Hal Ehwal Penilaian Pelajar Semasa Pandemik Covid-19

Satu dasar universiti telah dicadangkan berikutan kesan pandemik Covid-19 ke atas proses pengajaran dan pembelajaran di Universiti Sains Malaysia. Dengan mengambilkira situasi luar biasa yang terpaksa dihadapi oleh pelajar, Universiti telah bersetuju dengan kaedah bagi memberikan fleksibiliti kepada pelajar untuk membaiki keputusan peperiksaan ataupun mengurangkan kesan kepada prestasi keseluruhan mereka.

Universiti melalui mesyuarat Senat ke 267 pada 21 Januari 2021 telah meluluskan untuk memberi ruang kepada pelajar memilih cara yang terbaik bagi mengurangkan impak penilaian semasa pandemik Covid-19. Dasar ini memberi pilihan untuk :
>> Pelajar tahun akhir atau dijangka akan berijazah boleh menduduki KSCP untuk memperbaiki gred akhir untuk sesuatu kursus.
>> Pelajar boleh mengulang kursus untuk memperbaiki gred sesuatu kursus pada semester biasa. Syarat kelayakan akan diubah dan dilonggarkan dengan mengambilkira situasi semasa. Gred baharu yang diperolehi akan menggantikan gred lama untuk pengiraan PNG dan PNGK pada semester berkenaan;
>> Pelajar boleh memilih untuk menggunakan Gred Khas (V). Gred sebenar yang diperolehi akan dipaparkan dalam transkrip/rekod akademik tetapi TIDAK digunakan untuk pengiraan PNG dan PNGK. Contoh paparan : Gred B+(V)

Pelajar perlu membuat pilihan melalui Borang Situasi Khas Covid-19 yang disertakan.

Mohon rujuk kepada surat di bawah untuk maklumat lanjut

Lampiran: Surat Pelaksanaan Dasar Khas

Lampiran 1: Borang Situasi Khas Covid-19

Lampiran 2: Simulasi Gred Khas

Lampiran 3: Proses Permohonan Opsyen Situasi Khas Covid-19

  • Hits: 850

campusonline gold 01campusonline gold 01campusonline gold 01campusonline gold 01campusonline gold 01campusonline gold 01campusonline gold 01

School of Mathematical Sciences, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM Penang, Malaysia
Tel : +604 653 3284 | Fax : +604 657 0910  |  E-Mail : dean_mat@usm.my  |  icon admin