KAD PRIHATIN SISWA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Kad Prihatin Siswa (KPS) adalah kad matrik pelajar menggabungkan kad identiti pelajar dengan kad debit RHB Islamic Bank .
Borang persetujuan pembukaan Akaun RHB boleh dicapai melalui campus online pelajar mulai 21 Jun 2022, jam 11.00 pagi sehingga 6 Julai 2022.
Semua pelajar berstatus aktif (Siswazah & Pasca Siswazah) warga negara dan bukan warganegara, perlu mengemaskini maklumat pelajar melalui pautan tersebut untuk persetujuan pembukaan akaun RHB . Pengaktifan kad akan dilakukan di kampus USM masing-masing, pelajar tidak perlu ke mana-mana cawangan RHB.
Untuk maklumat lanjut, para pelajar boleh menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni Kampus masing-masing.
BHEPA Induk : bhepa@usm.my / 04-6533107
BHEPA Kejuruteraan : bhepa_eng@usm.my /04-5995535
BHEPA Kesihatan : tpbhepakk@usm.my / 09-7671310
- Hits: 496