Skip to main content

School of Mathematical Sciences  |  Universiti Sains Malaysia

Olimpiad Matematik Universiti Malaysia 2026 (OMUM2026)

Salam sejahtera para pelajar,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan pertandingan Olimpiad Matematik Universiti Malaysia 2026 (OMUM 2026) pada ketetapan berikut:
 
PUSINGAN KELAYAKAN
Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
Masa: Akan ditentukan (pagi)
Tempat: Makmal di PP Sains Matematik
Mod: Secara dalam talian
 
Tarikh akhir pendaftaran: 31 Mac 2026 (Selasa)
 
PUSINGAN AKHIR
Tarikh: 23 Mei 2026 (Sabtu)
Masa: Akan ditentukan (pagi)
Tempat: Universiti Putra Malaysia
Mod: Secara bersemuka
 
Tarikh akhir pendaftaran: 13 Mei 2026 (Rabu) (untuk mereka yang layak daripada pusingan kelayakan)
 
Pertandingan ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia yang merupakan pelajar prasiswazah sepenuh masa di universiti awam dan swasta di Malaysia. Maklumat lanjut berkaitan OMUM2026 boleh dilayari melalui laman sesawang rasmi https://einspem.upm.edu.my/omum2026.
 
Untuk pendaftaran awal di peringkat USM, kepada sesiapa yang berminat, sila isikan borang Microsoft berikut (selewat-lewatnya pada 31 Januari 2026):
 
Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) akan membiayai yuran penyertaan untuk peserta daripada PPSM sahaja.
 
Pendaftaran untuk OMUM 2026 akan diumumkan kelak melalui laman sesawang rasmi di atas.
 
Terima kasih.
 
Lee See Keong
Timbalan Dekan Akademik
Pusat Pengajian Sains Matematik
Universiti Sains Malaysia
 
  • Hits: 219