School of Mathematical Sciences  |  Universiti Sains Malaysia

Unit Perundingan Statistik

MENGENAI KAMI

Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) berhasrat mewujudkan Unit Perundingan Statistik (UPStat) untuk menjana pendapatan tambahan kepada PPSM melalui aktiviti-aktiviti perkhidmatan dan perundingan. Unit ini juga bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama di antara industri dan PPSM supaya dilihat sentiasa relevan dengan revolusi perindustrian yang rancak berkembang secara pesat dalam dan luar negara. Kepakaran staf khususnya staf statistik akan membantu PPSM untuk mencapai visi dan misi unit ini. Selain itu, UPStat juga diwujudkan untuk membantu komuniti melalui pemindahan ilmu dari kepakaran staf untuk meningkatkan pendapatan serta pusingan ekonomi yang mampan menerusi aktiviti yang diadakan.

MOTO UNIT: STATISTIK MENCETUS MINDA MEMACU INOVASI

VISI

Unit Pembangunan Kompetensi yang Dinamik

UPStat sebagai unit perkhidmatan dalam bidang berkaitan statistik komited untuk menyediakan pakej perkhidmatan yang menepati keperluan semasa. UPStat beriltizam memantapkan kompetensi perkhidmatan statistik yang berpaksikan modal insan berpengetahuan tinggi, menjana keuntungan serta membantu individu, masyarakat, industri dan komuniti melalui permindahan ilmu kepakaran.

MISI

Penyampaian Perkhidmatan Statistik yang Berkualiti dan Terkini

Misi UPStat  untuk memperkasa penggunaan statistik dalam membuat keputusan berteraskan pembangunan modal insan. Menyediakan perkhidmatan statistik yang mantap seiring dengan permintaan terkini dan andal/efektif.


OBJEKTIF

Menyediakan modul dan kurikulum kursus yang berkualiti dan dinamik dalam memenuhi keperluan pembangunan statistik negara

Melahirkan modal insan yang terlatih dalam bidang statistik

Menyediakan dan mengendalikan program latihan menerusi jalinan kerjasama dengan institusi dalam dan luar Negara


JENIS PERKHIDMATAN

PROGRAM MOBILITI PPSM

Berfokuskan program mobiliti (pelajar dalam dan luar negara) yang mana pelajar-pelajar akan menyertai program tersebut selama tempoh yang dipersetujui oleh PPSM dan UPStat.

PROGRAM SEMINAR, KURSUS, BENGKEL DAN PEMINDAHAN ILMU

Berfokuskan program latihan dan pembangunan modul statistik yang ditawarkan kepada agensi kerajaan dan swasta. Ianya bertujuan untuk pembangunan modal insan berpengetahuan seiring dengan arus revolusi perindustrian.

PROGRAM TRAINING FOR TRAINER

Berfokuskan program training for trainer (ToT) melalui industri atau agensi kerajaan dengan berkoloborasi bersama syarikat terbitan USM, IMTANOMIC Sdn. Bhd., Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Human Resourse Development Foundation (HRDF) dan Penang Digital.

PROGRAM KOMUNITI DAN SEMINAR PERCUMA KEPADA KOMUNITI B40

Berfokuskan peningkatan modal insan kepada komuniti B40 melalui permindahan ilmu kepakaran staf PPSM. Boleh berkolaborasi bersama IMTANOMIC Sdn. Bhd. untuk memohon geran daripada agensi kerajaan seperti Yayasan Hasanah, Petronas dan yayasan lain.

CARTA ORGANISASI


KERJASAMA KAMI BERSAMA INDUSTRI DAN UNIVERSITI


Pautan Berkaitan


Hubungi Kami

Prof. Madya Dr. Tahir (ketua Unit),
Unit Perundingan Statistik,
Emel: upstat2024@gmail.com, mtahir@usm.my
Tel: +04-6533284

campusonline gold 01campusonline gold 01campusonline gold 01campusonline gold 01campusonline gold 01campusonline gold 01campusonline gold 01

School of Mathematical Sciences, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM Penang, Malaysia
Tel : +604 653 3284 | Fax : +604 657 0910  |  E-Mail : dean_mat@usm.my  |  icon admin